Isnin, 29 Ogos 2016

Rindu Kau Sesangat

Kenape eh perlu ade perasaan rindu ni. Kalau rindu kat family senang lah.. boleh call pastu cakap 'i miss you' ke ape.. Ni tak, lain sangat.. Batas pergaulan kene jaga. Tu kene jaga. Ni kena jaga.. senang cite everything lah. Aqish tahu fikirkan yang bukan mahram tu maksiat. Maksiat mata.. maksiat hati..  but once dia dah datang aqish tak mampu nak halang. Aqish pun tak mampu nak tipu diri aqish sendiri. Sometimes aqish geram nak cakap 'asal kau perlu datang dalam hidup aku!! Aku tak nak lah perasaan ni.  Seksa hati je..' huh! Hari ni paling kuat teringat kat 'dia' lebih2 lagi hari ni tak belajar. Free je. Lagi senanglah 'dia' hadir.. peh ayat tak boleh blah... hahahahaha... sebelum aqish nak tutup cite pasal bende alah ni..  aqish just nak bagi tahu yang esok i'm for you nak datang sekolah dengan retis2. Tasyabarnya.... hekeleh poyo je lebih... �� peregilah kamu.. hahahaha...

Sabtu, 21 Mei 2016

Puisi 'Pendaki'

Apakah yang kautemui
Di hujung pengumpalan kesedaran
Yang terpecah adalah
Langkah songsang pengembara
Dan pengatur waktu memulakan dengan tertib
Menjahit duka meninggikan harapan
Kerana pendaki memilih keberanian.

Belum waktunya mentari padam ketika senja
Kerana perjalanan seharusnya menembusi dinding segala kabus
Menjaring sayap gementar
Antara gelombang kejatuhan
Dengan warna kehidupan.

Ketika menyisir perjalanan
Seperti membuka lembaran waktu
Yang mempersonakan atau mejemukan
Tebing dan lereng pendakian itu
Bernama ketahanan dan keberanian
Ia adalah ruang dan perangsang.

Klang, Selangor.

P/s sorry... dia tak bagi nama and tarikh..

Puisi 'Harga Diri'

Lima ribu serbasatu,
Itukah harga sebuah cinta,
Atau nilai maruah,
Bakal mertuaku,
Yang telah tidak jadi.

Bukan kerana tidak mampu,
Atau hilangnya cinta,
Atau putus asa,
Tetapi ketetapan itu,
Terlalu murah,
Untuk harga satu maruah.

SAZALEE YACOB.
1/10/1990

P/S deep.. ambik ikhtibar.

Khamis, 24 Mac 2016

Puisi 'Hiba Sepasang Remaja'



Gadis ayu bertudung malu
 semanis kalbu membendung silu
 tunduk membisu semakin kelu
 menjenguk rindu di angin lalu.

Pinggiran kampung berputik cinta
 kasmaran termenung tilik cerita
 jika beruntung lempar si buta
 duka diusung tercemar sita.

Malang bertemu jaka berpura
 kembang layu bunga sakura
 gerigis berdebu gurun sahara
 gadis pilu diruntun lara.

Ini dia
 puisi hiba
 sepasang remaja
 di desa dosa
 di kota kata
 di angan syurga
 musnah segala....

Mugamutiara
 Akademi seni kebangs

Rabu, 23 Mac 2016

Puisi lama part 1


Assalammualaikum,
 Update untuk kali ni sebenarnya atas permintaan kawan aqish. permintaan nah. Hahahahahaha. Tapi kawan aqish suruh buat panjang sikit.. it sokey. I try my best dear..

 Okey, tadi masa aqish cari baju nak pakai untuk esok. Cari punya cari. Last sekali penat. So aqish duduk sekejap kat ruang rak buku. Pastu aqish ternampak buku warna hijau. Buku tu macam pernah aqish baca, macam diary mama. So aqish ambik lh, aqish bukak last last tu buku puisi mama. Hobi mama masa zaman muda dulu, dia suke kumpul stem or kumpul puisi and menulis diary.  Buku puisi aqish pernah baca, diary mama pun sama.jahat x aqish? Aqish terjumpe so aqish baca lh. Dh tu memang minat aqish. Nak buat macam mane.. Mama sebenarnya kreatif. Orang seni.

 Dalam buku tu ada puisi zaman 1990. Puisi2 lama. Masa tu aqish x lahir lagi. So, aqish nak update pasal puisi ni. Siapa yang suka puisi2 lama tu boleh lah selalu  lawat entry Ni.. kata kunci dia insyaAllah aqish akan letak 'Puisi'..

 PENYAIR

 1.
 Dia seorang insan
 berjalan dengan keyakinan
 membawa ketajaman fikiran
 dan bijak mentafsir.

2.
 Dia seorang insan
 melihat dengan kematangan
 kemudian memaknakan
 dengan ilmu dan pengalaman.

3.
 Dia seorang insan
 ibarat sebatang lilin
 berkorban untuk lain.


Karya : Pena Mutiara ( Ahmad Sabki Tahir )
 Tarikh : 1993
 Petikan : Antologi Bunga Desa
 Terbitan : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wallahu alam. Guys esok aqish ade pertandingan peringkat daerah. Sekolah aqish jadi tuan rumah. Aqish masuk hafazan. Wish me luck. Wasalam. Good night. Jangan tidur lewat. Bye...  luv u.




Ahad, 13 Mac 2016

Gred For Exam 2016

Annyong-haseyo blogger!!

Aqish jarang update dah kan? Ermmm i know...
Untuk update kali ni pon bukanya apa2 pon.. Sekarangkan aqish dah start sekolah. So lately ni I'm busy. X busy sangat pon. Tapi time hari persekolahan, aqish mesti tidur awal.. Sooo, takkan pagi2 buta nak bangun update kan? Sebenarnya, aqish bukan nak membebel macam mak nenek ke apa.. Aqish just nak bagi tahu yang aqish baru habis exam... Dari 1/3/16 - 8/3/16. Since 4 tahun aqish x belajar or ambik exam akademik.. So aqish takutlah nak tahu keputusan aqish... Mesti teruk kan... Huhhuhu.. Ya Allah! Takutnya! Yang buat aqish takutnya gred dia... Allahu....

Gred For Exam 2016

90 - 100 ~ A+
80 - 99 ~ A
70 - 79 ~ A-
65 - 69 ~ B+
60 - 64 ~ B
55 - 59 ~ C+
50 - 54 ~ C
45 - 49 ~ D
40 - 44 ~ E
00 - 39 ~ G

Tengok gred dia... Gerun tak?? Gred ni aqish dapat dari cikgu aqish eh. Aqish bukan saja2 letak.. Kalau tak sama.. Ermm.. Maybe gred ni kat sekolah aqish je kot.. Wallahu a'lam.. Lagi satu info yang aqish dapat.. Tapi aqish pon tak beberapa pasti.. Huhuhu.. Yang dalam SPM, markah 20 lebih ataupun 20 keatas dah dikira lulus... Aqish pon tak tahu.. Wallahu a'lam.. Tapi guys jangan pulak buat sambil lewa tau.. Study leklok... Sampai sini coretan aqish kali ini... Kalau ada sesiapa yang NAK tahu keputusan budak tak belajar 4 tahun ni.. Boleh comment kat bawah... Tapi jangan kecam pulak... Bagi kata2 semangat lah.. Okey! Luv you guys!! Last sekali aqish nak bagi tahu... 24/3 ni aqish ada pertandingan hafazan... So.. Doakan nya... Bye.. Wasalam

Jumaat, 5 Februari 2016

My New School!!

Assalammualaikum Blogger!

Aqish tahu yang aqish dah lama tak update. And aqish tahu tajuk aqish tu sound weird. I don't have idea.. Hu hu.. And for information, Aqish dah masuk sekolah!! Yeah!!

Sebelum aqish dapat masuk sekolah tu. Aqish lalui satu situation yang jarang orang dapat. Yang mana bukan mudah sebenarnya nak dapat kebenaran untuk masuk sekolah ikut kemudahan kita. Sebagai contoh, ni based on aqish sendiri. Pengalaman...

Sebelum ni Aqish pelajar maahad yang no basic academic. So Aqish x belajar academic start form 2. Form1 sempat belajar separuh je... So my mom kena pergi PPD for 3 time. First, gi isi borang. Second, dapat masuk Smkss. Selepas buat rayuan semua barulah dapat sekolah yg Aqish tengah menuntut ilmu sekarang ni..

 Bukan taknak masuk Smkss. Nak. Sekolah tupun  cantik.. But yang jadi masalahnya.. Satu, jauh sangat dari rumah. Dua, tak transport yang nak hantar and ambik aqish. Tiga, okey kita lupa sekejap pasal transport tu. If xde transport pon, ade asrama pon okey.. But tu bukan sekolah asrama, tu sekolah Smk. Manelah nak ade asrama.. Cikgu pulak bukan taknak bagi masuk. Cikgu kata start sekolah esok pon takpe. But masalah 2 tu jadi penghalang. Pihak sekolah tu tengah nak kurangkan kes ponteng. So if aqish masuk pun kalau xdatang masa jugak dikira ponteng. so xdapat lah nak laksanakan hasrat sekolah. That why my mom pergj PPD for the 3 time..

And taaaaadddaaaaa!!! I'm a student now!!

P/s → Aqish cerita ni bukan saja2 tau. Aqish nak sampaikan. Bukan senang nak senang. Bukan susah nak susah.. To All my friend yang sedang membaca coretan ini yang masih bergelar student. Tak kisah lah student Universiti ke sekolah ke. Plss niat dalam diri masing2 untuk jadi the best student. X jadi best student jadi good student pon okey. Biar cikgu2 bangga dapat mengajar kita. Kita pulak study smart bukan study hard..

Lastly. Tolong doakan aqish sebab awal bulan 3 ni aqish ade exam.. Tu je coretan aqish kali ni.. Annyonghe-gaseyo! Luv u.





Sabtu, 28 November 2015

1 kunci 3 pintu

Assalammualaikum....





Dalam hidup kita perlukan banyak kunci. Kunci rumah, kunci pagar, kunci motor, kunci kereta, kunci ke hati awak ;). Hahahaha tergedik pulak... Okey2 what ever... Kembali ke topic asal....

Ada kunci yang boleh kira pentingnya dalam kehidupan seharian kita iaitu Kunci Kepercayaan. Dengan adanya kunci ini kita boleh bukak Pintu Kebahagiaan, Pintu Kejayaan, Pintu keimanan.....

Dalam berbuhungan kita perlu percaya satu sama lain dan berkesefahaman. Tak kisahlah persahabatan mahupun kekeluargaan.. Bukan itu aja ya, teman. Kita juga perlu ikhlas, hormat, Sayang menyanyang.... Hati dikenang... Ermmmmm menjadi rindu.. Oooo.. Lihatlah diriku.... Okey2 stop nyanyi. Back to our discussion. Eikk! Discussion lah sangat! So, dengan adanya kunci2 ini tadi maka terbukalah Pintu Kebahagiaan....

 Jom pi bukak Pintu Kejayaan lak!!

Untuk bukak pintu ini mestilah berusaha tapi kan sesetengah daripada kita tidak berkeyakinan.. Means ragu2 pada diri sendiri... Still x nampak lagikan betapa pentingnya kunci kepercayaan?? Okey! Siapa pernah lalui situasi ni.. Ada someone buruk2 kan kita or cabar kita. Mesti kita nak ada perubahan kan?? Kita akan berubah ke kalau kita tidak berkeyakinan? Mesti kita akan jadi ragu2 kan? Nak,taknak,nak,taknak last sekali senyap mqcam tu je.. So keyakinan tu penting, right? Okey2 misalnya kita dalam keraguan. Meet I ada someone akan cakap macam ni " don't thinks negative, just thinks positive"kan? Even kita yang cakap.. Bagi Aqish lah, ayat tu sebenarnya nak tambahkan keyakinan dalam diri kita... Betul tak????

 2 pintu kita dah bukak 1 je lagi iaitu Pintu Keimanan....

Mesti ada yang pelikkan. Kenapa pintu keimanan boleh bukak dengan kunci kepercayaan? Okey! Aqish nak tanya. Korang pernah tak tengok Allah (BOI)? Nabi? Malaikat? Takkan tapi kita percayakan... Lagipun nikan sebahagian daripada rukun iman kita? Semuanya pasal kepercayaan kan? So nampak tak betapa pentingnya kunci kepercayaan kepada kita??. Dengan mengunakan 1 kunci, 3 pintu kita boleh bukak...

 P/s. Aqish xpasti apa yg aqish try sampaikan tu tersampai ke tak... Harap korang faham. Andai ada yg masih kurang memahami. Boleh komen. Apapun jaga kunci kepercayaan tu tau... Yg Baik Dari Allah, Yg Buruk Dari Aqish sendiri.. Wallahu'Alam... Luv U...