Apakah yang kautemui Di hujung pengumpalan kesedaran Yang terpecah adalah Langkah songsang pengembara Dan pengatur waktu memulakan dengan tertib Menjahit duka meninggikan harapan Kerana pendaki memilih keberanian. Belum waktunya mentari padam ketika senja Kerana perjalanan seharusnya menembusi dinding segala kabus Menjaring sayap gementar Antara gelombang kejatuhan Dengan warna kehidupan. Ketika menyisir perjalanan Seperti membuka lembaran waktu Yang mempersonakan atau mejemukan Tebing dan lereng pendakian itu Bernama ketahanan dan keberanian Ia adalah ruang dan perangsang. Karya : -- Tarikh : -- Petikan : -- Terbitan : -- Klang, Selangor. P/s sorry... dia tak bagi nama and tarikh..